PENGENALAN
Bencana alam ialah fenomena yang amat ditakuti. Contoh bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi, kemarau, banjir, tanah runtuh dan jerebu sentiasa membawa pelbagai kesan negatif kepada kehidupan manusia. Banyak kemusnahan harta benda yang terpaksa ditanggung oleh manusia. Namun setiap kejadian itu adalah menjadi sebahagian daripada proses semula jadi yang telah ditakdirkan oleh Tuhan. Sebagai manusia, kita hanya mampu menerima kedatangannya dan memohon agar tidak ditimpa sebarang kesusahan.
Sungguhpun demikian, beberapa fenomena yang terjadi sejak belakangan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai proses biasa alam, sebaliknya mempunyai kaitan dengan tindakan manusia. Jerebu adalah antara fenomena alam yang terjadi akibat perbuatan manusia yang mencemarkan alam. Secara lazimnya, jerebu memang tidak dapat dielakkan kerana cuaca panas yang berpanjangan. Sebaliknya, kadar peningkatan pencemaran udara akibat daripada aktiviti manusia adalah suatu perkara yang amat malu dan sedih.
PUNCA
Kegiatan pembakaran terbuka adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah jerebu. Pada setiap tahun, Malaysia terpaksa menerima kesan langsung pembakaran hutan di Indonesia. Sebagai contoh pada tahun 2013, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negara ini telah melebihi 300 yang menunjukkan status kualiti udara yang sangat bahaya. Kawasan-kawasan yang menghadapi masalah jerebu yang paling teruk adalah seperti Sarawak, Lembah Kelang dan Pulau Pinang.
SUASANA JEREBU DI PULAU PINANG
Penebangan hutan dan pembukaan kawasan baru yang berskala besar sama ada untuk tujuan penempatan, kawasan industri dan pembinaan lebuh raya turut meningkatkan kadar pencemaran udara. Apabila musim kemarau melanda, kawasan-kawasan ini akan mengalami kadar resapan air yang cepat sehingga menyebabkan ruang udara dipenuhi habuk. Kerpasan habuk yang bertebangan dalam udara gagal diserap kerana kadar kelembapan udara yang rendah setelah pokok-pokok ditebang. Selain habuk, kadar pelepasan asap oleh kenderaan dan asap kilang turut menyumbang fenomena ini.
PETUNJUK NILAI INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
- 0 - 50 > Baik
- 51 - 100 > Sederhana
- 101 - 200 > Tidak sihat (Kumpulan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak mungkin terjejas)
- 201 - 300 > Sangat tidak sihat (Orang ramai terjejas)
- Lebih daripada 300 > Bahaya
Akibat daripada masalah jerebu akan menyebabkan udara menjadi kotor, penglihatan yang terhad dan menimbulkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan seperti penyakit asma. Manakala, tentang masalah penglihatan yang terhad juga boleh menyebabkan keselamatan pemandu terutama di lebuh raya.
KESIMPULAN
Oleh itu, semua fenomena itu perlu ditangani secara bijaksana. Walaupun kita tidak dapat menghalang sesuatu bencana alam berlaku, tetapi kita boleh meminimumkan tindakan manusia yang melampau dan seterusnya yang boleh menyumbang kepada situasi yang tidak selamat.
KESIMPULAN
Oleh itu, semua fenomena itu perlu ditangani secara bijaksana. Walaupun kita tidak dapat menghalang sesuatu bencana alam berlaku, tetapi kita boleh meminimumkan tindakan manusia yang melampau dan seterusnya yang boleh menyumbang kepada situasi yang tidak selamat.
No comments:
Post a Comment