Saturday, March 29, 2014

KESAN TREND SEMASA DARI SEGI GAYA HIDUP DAN BERPAKAIAN

Perkara yang semakin dibimbangkan oleh masyarakat ialah kelakuan remaja pada hari ini dari segi gaya hidup dan berpakaian. Sikap yang berfikiran keterbuka telah menyebabkan remaja terlalu terikut-ikut dengan gaya hidup semasa yang dipengaruhi oleh masyarakat barat. Mereka suka merokok, memakai pakaian yang mencolok mata, bergaulan bebas dan sebagainya. Oleh itu, ia akan menimbulkan pelbagai kesan kepada remaja sendiri  malahan masyarakat.

Kandungan rokok yang akan membahayakan kesihatan.

Pakaian "K-Pop" style 

Antara kesannya adalah remaja akan melupakan tanggungjawab terhadap diri bangsa dan negara. Remaja sebagai aset negara yang penting untuk meneruskan kepimpinan negara. Oleh itu, apabila reka terhadap trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian , mereka akan melupakan tanggungjawab sendiri. Selain itu, mereka sentiasa berfikir tentang fesyen yang terbaru dan idol mereka sehinggalah mengabaikan pelajaran. Hal ini akan menyebabkan budaya hidup tradisi dan nilai ketimuran semakin lenyap malahan negara juga akan ketandusan pemimpin pada masa hadapan.

Di samping itu, remaja yang terlalu mengikut fesyen terbaru akan meminggirkan pakaian tradisi seperti batik. Hal ini kerena trend semasa yang lebih mencolok mata berbanding dengan pakaian tradisi. Sikap mereka akan menyebabkan industri-industri kecil yang mengenalikan perusahaan batik akan muflis.

Tambahan pula, remaja yang terlalu mengikut arus fesyen semasa dan kebanyakan dimonopoli oleh barat tidak suka dikekangan oleh ibu bapa. Mereka akan keluar dari rumah sekiranya bertengkar dengan ibu bapa mereka. Semasa di luar, mereka amat mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif. kesannya, mereka akan tercicir dalam pelajaran dan akhirnya menjadi insan yang rosak akhlak. Akhirnya, hal ini akan menyebabkan budaya hidup masyarakat Malaysia iaitu hidup secara berkelompok dan satu keluarga hancur di tangan mereka.

Oleh itu, remaja sendiri perlulah insaf dan sedar akan tanggungjawab mereka. Mereka perlu sedar bahawa segala tindak tanduk mereka akan mencorak budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Akhirnya, remaja perlu mengubahkan corak hidup dan berpakaian bagi mangamalkan tradisi di negara kita sendiri malahan tidak dilenyap pada generasi yang akan datang.

Friday, March 28, 2014

PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PERSAINGAN KERJA

Selari dengan perkembangan teknologi maklumat, untuk memperoleh sesuatu kerjayaan, kelulusan akademik semata-mata tidak mencukupi. Mahasiswa haruslah membuat pelbagai persediaan dalam menghadapi persaingan. Sistem pendidikan di Malaysia adalah hanya berfokuskan kepada peperiksaan. Oleh itu, mahasiswa hanya ditekankan agar meluluskan dalam peperiksaan. Sebenarnya, keadaan ini tidak mencukupi kerana penguasaan terhadap ilmu tidak seharusnya menyeluruh dalam semua bidang. Hal ini kerana pengajaran di dalam kuliah semata-mata tidak mencukupi , mahasiswa haruslah mencari bahan ilmiah yang lain untuk menyokongnya. 

Selain itu, mahasiswa juga perlu menguasai ilmu teknologi maklumat dan komunikasi. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang untuk menjayakan projek Koridor Raya Multimedia (MSC). Hal ini kerana kerajaan menyedari tentang kepentingan ICT dan ingin meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang kukuh dalam era globalisasi. Oleh itu, mahasiswa perlulah mengubah pemikiran untuk menguasai ICT. Kalau tidak ia akan dianggap ketinggalan dalam persiangan jika tidak menguasai ICT.


Mahasiswa perlu belajar menggunakan komputer sejak dari peringkat persekolahan.

Tambahan pula, mahasiswa juga perlu menguasai beberapa jenis bahasa. Penguasaan bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan bahasa asing akan memberi kelebihan kepada mahasiswa kerana semakin terjamin masa depan mereka.

Di samping itu, mahasiswa perlu melakukan persediaan dari segi akhlak dan sahsiah. Mahasiswa perlu mengamalkan ajaran agama sejak kecil supaya nilai-nilai moral yang terkandung dalam agama diamalkan sepanjang kehidupan mereka. Nilai-nilai moral tersebut mengandungi bertanggungjawab, berdikari, amanah dan rajin dapat memberikan kepercayaan kepada orang lain terhadap diri mahasiswa.


Semasa wawancara kerja, mahasiswa juga perlu berlakukan persediaan dari segi fizikal dan mental. Contohnya, etika paikaian yang sesuai, memakai pakaian yang formal. Selain itu, mahasiswa juga perlu memberikan pandangan pertama kepada majikan dengan baik seperti senyuman yang mesra, perasaan yang keyakinan dan sebagainya.

Kesimpulannya, kelulusan akademik semata-mata tidak mencukupi untuk berjaya dalam kejayaan pada masa depan. Mahasiswa perlu melakukan segala persiapan yang kukuh sebelum menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang.








Friday, March 7, 2014

MASALAH JEREBU

PENGENALAN

Bencana alam ialah fenomena yang amat ditakuti. Contoh bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi, kemarau, banjir, tanah runtuh dan jerebu sentiasa membawa pelbagai kesan negatif kepada kehidupan manusia. Banyak kemusnahan harta benda yang terpaksa ditanggung oleh manusia. Namun setiap kejadian itu adalah menjadi sebahagian daripada proses semula jadi yang telah ditakdirkan oleh Tuhan. Sebagai manusia, kita hanya mampu menerima kedatangannya dan memohon agar tidak ditimpa sebarang kesusahan.

Sungguhpun demikian, beberapa fenomena yang terjadi sejak belakangan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai proses biasa alam, sebaliknya mempunyai kaitan dengan tindakan manusia. Jerebu adalah antara fenomena alam yang terjadi akibat perbuatan manusia yang mencemarkan alam. Secara lazimnya, jerebu memang tidak dapat dielakkan kerana cuaca panas yang berpanjangan. Sebaliknya, kadar peningkatan pencemaran udara akibat daripada aktiviti manusia adalah suatu perkara yang amat malu dan sedih. 

PUNCA

Kegiatan pembakaran terbuka adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah jerebu. Pada setiap tahun, Malaysia terpaksa menerima kesan langsung pembakaran hutan di Indonesia. Sebagai contoh pada tahun 2013, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negara ini telah melebihi 300 yang menunjukkan status kualiti udara yang sangat bahaya. Kawasan-kawasan yang menghadapi masalah jerebu yang paling teruk adalah seperti Sarawak, Lembah Kelang dan Pulau Pinang.

SUASANA JEREBU DI PULAU PINANG

Penebangan hutan dan pembukaan kawasan baru yang berskala besar sama ada untuk tujuan penempatan, kawasan industri dan pembinaan lebuh raya turut meningkatkan kadar pencemaran udara. Apabila musim kemarau melanda, kawasan-kawasan ini akan mengalami kadar resapan air yang cepat sehingga menyebabkan ruang udara dipenuhi habuk. Kerpasan habuk yang bertebangan dalam udara gagal diserap kerana kadar kelembapan udara yang rendah setelah pokok-pokok ditebang. Selain habuk, kadar pelepasan asap oleh kenderaan dan asap kilang turut menyumbang fenomena ini.

PETUNJUK NILAI INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)


  • 0 - 50 > Baik
  • 51 - 100 > Sederhana
  • 101 - 200 > Tidak sihat (Kumpulan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak mungkin terjejas)
  • 201 - 300 > Sangat tidak sihat (Orang ramai terjejas)
  • Lebih daripada 300 > Bahaya
KESAN          

Akibat daripada masalah jerebu akan menyebabkan udara menjadi kotor, penglihatan yang terhad dan menimbulkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan seperti penyakit asma. Manakala, tentang masalah penglihatan yang terhad juga boleh menyebabkan keselamatan pemandu terutama di lebuh raya.

KESIMPULAN

Oleh itu, semua fenomena itu perlu ditangani secara bijaksana. Walaupun kita tidak dapat menghalang sesuatu bencana alam berlaku, tetapi kita boleh meminimumkan tindakan manusia yang melampau dan seterusnya yang boleh menyumbang kepada situasi yang tidak selamat.